dara-adakah ianya penting?

August 7th, 2006 by echah05

DARA : Adakah ianya penting?

 
 
 
Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.    Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam – perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna
untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.
Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.

Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang,
kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.
Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda)  mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja  - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak
diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun
dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual
mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui.
Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Rasanya kita semua sedia maklum.

Diadaptasi dari polemik oleh sdr. Fathi Aris Omar,
Majalah MUSLIMAH

Pesanan: Jauhkan diri daripada pergaulan bebas di luar batasan…

cinta hanyalah cinta

August 7th, 2006 by echah05

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas
cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu
dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap
hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita
mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…"
 

Linda KKSB wedding

August 6th, 2006 by echah05

sorang lagik member aku dah kawin..cantik linda on her wedding..greenish abis…all in green kaum kerabat dia..langsir…all in green ar…apa yg paling best utk aku…dapat jumpe sume click lama kat SMKAM..maria,angah,ummie n husband,zaini,suzie,pa’ah also there..Nano wit her loyal bf..wuhuhuhu…hepi giler…paling tak sangka maria now pegawai kastam…wow! Si Mai lak dah jadik polis..huhu kalo dikenang zaman skola…nano bisnes abis skrunk…aku jadik aper?jadi antu…huhuhu..lurve u all gurls..suzie smakin chantikkk ngan imej baru.. classmate aku pun ada gak c Auu,Nuek..ermm bule tahan encem ar nuek nie.. Izal,pie, ramai lah.. tak hengat nama dorang…erm…dengar citer c Eyna dah bersalin,tak tahu baby boy ke gurl.. erm…aju ntah pe citer ntah…YAnty gak yg baik hati..keep in touch ngan aku..kim salam kat Zai ek…wokeh.. i need to work.

Mohd Farish Ilman

August 6th, 2006 by echah05

Thanx to Allah S.W.T !! new member in my family..MOHD FARISH ILMAN..born on 04.08.2006(Friday)on 00.15am..love him so much…kecik giler 2.15kg jerk… patut la perut mak dia kecik jer…tapi mak aku kata nanti dia cepat besar ..tak tahu lah..heheeh Al-Hamdullilah sebenarnya sebab baby sempurna..opss anyone could suggest wut should d baby call me.. i dont want "makcik"..

bukan diri ku-samson

August 3rd, 2006 by echah05

setelah kupahami

ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah dirik

sebuah kekejaman

August 3rd, 2006 by echah05

kalau si Islam yang melakukan,tidak sampai 24jam untuk mendapat tentangan..tapi kalau mereka yang melakukan,setelah 24 hari baru ada yang bersuara…Kalau Islam digelar penganas…apakah gelaran untuk mereka… yang membunuh wanita dan anak-anak kecil yang memusnahkan sekolah,hospital dan tempat-tempat beribadat..dimanakah terletak nya suara2 besar?dimanakah maruah nya pemimpin-pemimpinIslam…dan apakah perasaan kita sebagai penonton nya..?

010806

August 1st, 2006 by echah05

01082006

bosan nyer hari nie…smalm ingatkan dapat gaji on khamis.. tetiba tadi diorang kata hari gaji dah masuk…hhuhuuhu sronak gak tue…tapi bile aku nengok keta aku balik…hermmm melayang rm 500.00 aku eksiden jumaat hari tue… teruk sioutt..dahlah kes langgar lari…tapi yang paling penting bukan org tu yg lari aku yang lari…hebat betul aku hari tue…ntah pe mende yg ada dlm kapla ntah…balik umah dah tak leh duk diam dah…risauuu lak rasenyer…saturday aku g bengkel…cine tu kate all in rm500.00 aduh….takde maknenyer mega sale tahun nie….hampeh….tapi yang best hari ada org blanje makan…smlam pun org blanje makan gak..aduh…bertambah sehat lah aku yang sedia ada sehat nie…

kesal..

July 27th, 2006 by echah05

kesal..dan tersangat kesal atas apa yang berlaku…dua minggu yang sgt melukakan…hari yang dilalui tak kan sama lagi..atas bahu siapa harus dibebankan kesilapan yang berlaku..aku kah perempuan itu?atau sang arjuna yang tidak pernah bersuara …atau orang ketiga yang tidak pernah tahu betapa hebatnya rasa yang aku simpan utk sang arjuna…sedar atau tidak terpaksa juga ditelan akan kepayahan semalam yang terakhir..akan aku biarkan sang arjuna mencari cahaya bg sebuah senyuman..bagi aku sendiri..untuk mendoakan kebahagian sang arjuna tidak akan mungkin keluar dari mulut aku…tapi aku juga tidak akan mendoakan sebuah penderitaan untuk nya..untuk orang ketiga…binalah kehidupan atas apa yang berlaku smalam..kita pasti akan bahagia jua…

rindu

July 23rd, 2006 by echah05

rindu…

rindu…

rindu…

rindu nak g skola balik…

rindu ….

kaya

July 20th, 2006 by echah05

biler lah nak jadik kaya nie..

cube lah khabar kat teman camner nak jadik kaya..