Archive for August, 2006

Konvo!!!

Thursday, August 31st, 2006

my konvo only two weeks from today…aiyak…not ready lah..panas tu berjuntai bestari..mana nak lepak..kalo kiter takper gak..family?ada chalet ke kat sana? jauh plak tu…serabut nyer aku rase….friday dah kena g sane..konvo on sunday..pe citer….aduiii

Behzad Mighael

Thursday, August 31st, 2006

satu lagi nephew tis year..from my sister lak..Thanks to ALLAH SWT again..im glad have two nephew tis year..sronok nyer negok kakak aku pagang baby tu..tapi baby tu kecik ..so agak takut aku nak pegang…2.67kg erm….

isk..isk…

Monday, August 21st, 2006

waduh..bosannyer skrunk nie..tak tahu nak wat pe dah…dok sengal jerk kat opis nie..last week g putrajaya sesat barat…huhu..tulah aku malu nak bertanya jalan..kan dah sesat..pastu sampai appointment lambat….saperk yg malu..aku dan company aku gak…nasib aku ayat manis ngam mamat tue…blanje minum cket kat cafeteria..sume deal…hhuhuh sronok…

beSt fRens?

Tuesday, August 15th, 2006

erm..should we have best fren or best frens?why?anyone can list the reason why? sebab slame ari nie aku nengok(sesaper pun) takde pun sorang kawan yang layak dipanggil kawan kot(not only for me)…wutever it is mesti betray membetray nie berlaku gak…tak yah lah nak menafikan…cube ingat balik..pernah tak dorang tu dok sakit kan hati kite…? nasib kalu ada yang reti nak say sory…ada yang len tu dok wat derk jerkk..cam tak wat ape2 pun…isk sakitnyer otak aku…nasib lah aku camnie..rock memanjang…pastu leh lak..nak ajak hang out cam biasa..padahal aku dah membara…isk…sabo cha..sabo…

sakit…

Tuesday, August 15th, 2006

sakit nyer aku rasa lately nie…tak ilang-ilang…aku tahu camner nak ilangkan tapi aku tak bole buat…satu jer caranye..aku nak sepak muka dia laju2…mesti tak bole kan? tapi tu je yg bole ilangkan sakit ati aku nie…sesedap mulut dia je cakap camtue..abis tu yg slame nie tu ape?sekian lama aku buat derk je..rilek2 jer..rupe2 nyer dia ade projek len kat blakang aku…memang lah aku pun bukan malaikat..tapi aku tahu cmaner nak bataskan sesuatu dan aku lebih rela berterus-trang dr jadi coward..apntah lagi dia tu guy..kat mana lah dia letak muka dia tu yg sebenarnya pun aku tak tahu…haiii…demi tuhan aku mmg tak kan doakan dia bahagia…tapi yg macam aku cakap sebelum nielah kan..aku pun tak nak dia suffer..so lantak lah dia..pepandai lah dia jadi manusia yg berguna…tapi aku memang sakit hati…aku tak sakit sbb dia buat hal tue…tapi pengakuan dia yg macam sial tue..how dare him..ikut kan hati nak je aku senaraikan wut ever happen bfore supaya dia ingat baik2…tapi takpe lah,nasib dia terus terang gak walau pun secara email…apantah dia nie takut nar nak face to face…isk…tapi kalo dia face to face..aku pun jadi ape tak tahu lah kan…lepas nie aku taknak tahu..taknak amik tahu…dan akan pasti kan yg aku x akan tahu aper2 pun yg berlaku kat dia…bole camtue?

sexy…

Sunday, August 13th, 2006

naper seCat_sunbathersksi - seksi nie..huhuhu

dara-adakah ianya penting?

Monday, August 7th, 2006

DARA : Adakah ianya penting?

 
 
 
Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.    Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam – perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna
untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.
Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.

Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang,
kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.
Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda)  mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja  - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak
diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun
dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual
mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui.
Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Rasanya kita semua sedia maklum.

Diadaptasi dari polemik oleh sdr. Fathi Aris Omar,
Majalah MUSLIMAH

Pesanan: Jauhkan diri daripada pergaulan bebas di luar batasan…

cinta hanyalah cinta

Monday, August 7th, 2006

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas
cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembali penghormatan itu
dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap
hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita
mengendalikannya berbeza. Sekiranya kita bercinta denga seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…"
 

Linda KKSB wedding

Sunday, August 6th, 2006

sorang lagik member aku dah kawin..cantik linda on her wedding..greenish abis…all in green kaum kerabat dia..langsir…all in green ar…apa yg paling best utk aku…dapat jumpe sume click lama kat SMKAM..maria,angah,ummie n husband,zaini,suzie,pa’ah also there..Nano wit her loyal bf..wuhuhuhu…hepi giler…paling tak sangka maria now pegawai kastam…wow! Si Mai lak dah jadik polis..huhu kalo dikenang zaman skola…nano bisnes abis skrunk…aku jadik aper?jadi antu…huhuhu..lurve u all gurls..suzie smakin chantikkk ngan imej baru.. classmate aku pun ada gak c Auu,Nuek..ermm bule tahan encem ar nuek nie.. Izal,pie, ramai lah.. tak hengat nama dorang…erm…dengar citer c Eyna dah bersalin,tak tahu baby boy ke gurl.. erm…aju ntah pe citer ntah…YAnty gak yg baik hati..keep in touch ngan aku..kim salam kat Zai ek…wokeh.. i need to work.

Mohd Farish Ilman

Sunday, August 6th, 2006

Thanx to Allah S.W.T !! new member in my family..MOHD FARISH ILMAN..born on 04.08.2006(Friday)on 00.15am..love him so much…kecik giler 2.15kg jerk… patut la perut mak dia kecik jer…tapi mak aku kata nanti dia cepat besar ..tak tahu lah..heheeh Al-Hamdullilah sebenarnya sebab baby sempurna..opss anyone could suggest wut should d baby call me.. i dont want "makcik"..